Monday, May 11, 2015

Pembentangan Seminar Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Blog ini dibangunkan untuk melengkapkan kriteria pemarkahan kursus KPR3012 Seminar Rafleksi Latihan Mengajar. Maklumat-maklumat yang dimuatkan dalamblog ini berkisar tentang tajuk seminar kumpulan enam, iaitu "Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran". Maklumat yang dikongsikan ini diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua pembaca terutama dalam kalangan bakal guru.


           Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Yg. Bhg. Dr. Hj. Zulkeflee Hj. Yaacob atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalani kursus ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu natijah daripada takdirnya. Sekian, terima kasih.



Srlm suhana 2 from suhana91

Video "Integrating Technologi in the Classroom"


Video "Integrating Technologi in Your Classroom"



Panduan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Mulakan dengan topik pengajaran dan pembelajaran yang mudah.
  • Mencari maklumat tambahan dengan menggunakan laman web sedia ada seperti Google dan Youtube.
  • Menggunakan video yang ringkas dan gambar-gambar yang menarik.
  • Perlu banyak bersabar kerana penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran buat kali pertama sedikit sukar.
  • Tidak digalakkan bergantung pada teknologi tersebut sepenuhnya, 
  • Guru memainkan peranan penting menghubungkan teknologi dengan topik pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
  • Dapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang mahir.

Dia Nurul Ashikin Rofiee

Aku ditakdirkan berpraktikum dengan Ekin. Merancang punya merancang, dari daerah-daerah terpencil di Perak, kami diamanahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan. Kata Google, sekolah ni baru saja tukar nama. Dulu Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi. Mm, kalau kata Paya Keladi, aku tahulah kat mana. Ada adik-beradik juga kat situ. Berbanding aku, amanah yang dipikul Ekin lagi berat. Tengok sajalah dia dapat kelas mana. 1 Tekun dan 4 Kemahiran 1. Bukan boleh kata, tapi memang kedua-dua kelas tu antara kelas belakang pun. Mesti susah. Pernah sekali dua aku kena relief kelas tu, tahan diam dan terkawal satu masa pertama saja. Lepas tu bising tak ingat. 
             Macam manalah Ekin mengajar. Aku salute dengan Ekin dalam banyak benda. Dia kuat. Lagi kuat daripada aku. Aku kecil hati bila ada pelajar aku 4 Perdagangan 2 buat tak hairan dengan kertas nota dan latihan yang aku bagi hari-hari. Buktinya, aku jumpa kertas tu di lantai tidak dipungut. Sikap pelajar macam tu saja dah buat aku kecil hati dan tak tahu dengan cara apa lagi aku nak guna untuk tarik minat budak-budak ni. Tapi Ekin, lagilah. Ada budak yang tak hormat dia pun. Pandang rendah kebolehan dia mengajar. Kalau aku di tempat Ekin, lagilah aku tak tahu nak hadap macam mana. Susah. Ekin boleh walapun makan masa juga. Tak tahu apa dia buat, akhirnya mereka boleh berbaik dan saling menerima pendapat antara satu sama lain.

            Banyak benda yang misteri pasal Ekin ni. Dia boleh tarik perhatian pelajar-pelajar 1 Tekun yang bising tu untuk fokus dengan lukisan peribahasa yang dilukisnya sendir. Bayangkanlah. Kalau aku lukis, memang takkan jadi peribahasalah, kan? Itu salah satu kelebih Ekin dalam kelas. Yang selebihnya aku tak tahu sebab aku tak berpeluang tengok Ekin mengajar walaupun jadual kami takdalah ada kelas dalam masa yang sama. Cuma ni semua pasal relief. Empat bulan praktikum terlepas macam tu saja.

Untuk Ekin dan kawan-kawan yang tengah upaya bangkit.



Kerana Hakikat Itu Cuma Kalau

Kalau bangkit hari ini
asbab jatuh kau pada hari lalu
berdepang dan raikanlah
kerana tanduk ini bisa jadi teladan
buat mereka yang sedang dirundung sulit
membelit menyimpul mati
hingga tak mampu dirungkai sendiri.

Ini bukan bangsa bangga
membongkak jauh sekali takabbur
ini hakikat menghargai susuk
yang telah banyak tipu mengacah kuat
walau dinding hati pernah berkali dirobek toreh
melihat kawan dan lawan
bertelurkan hasil berkat usaha
berhempas-pulas sedang kau asyik dibuai angan.

Namun kalau sungkur hari ini
upaya buat kau lebih gagah
upaya buat kau lebih teguh
syukur dan bertahanlah.

:: Tahu Ekin taklah sekuat mana, tapi berlagak kuat saja. Stay strong!

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan


Ya, tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan mula berpraktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebab apa aku dengan Ekin pilih sekolah ini? Pertama, berdekatan dengan kampung. Kedua, senang nak balik kampung. Ketiga, daerah yang paling dekat dengan kampung. Kalau dekat macam ni, senanglah nak pujuk ayah bawa moto mai sini. Ingat lagi, dari semester dua sampailah nak masuk semester enam aku pujuk ayah pos moto p Tanjung Malim. Senang sikit aku nak bergerak ke mana-mana. Taklah segan sangat kalau seorang pun. Harapan. Ayah aku tak bagi punyalah. Ayah kata nanti dia tak boleh tidur sebab fikirkan macam-macam pasal aku. Mm, tak apalah. Reda sahaja. Tak lama pun, nak habis dah Ijazah ni. Tapi, praktikum ni memang aku terdesak sangat nak bawa moto.


            Al-kisahnya, dua minggu sebelum mula praktikum aku kena demam campak. Bayangkan, demam campak. Aku syak ni mesti berjangkit dengan Umairah ni sebab masa study week sem lepas dia kena demam campak nilah. Demam campak nip ayah. Makan kena pantang. Tak boleh makan kicap, nanti parut hitam. Tak boleh kena hujan,nanti parut tak hilang. Mana pun tak boleh pergi. Dah banyak kali berjanji dengan Ekin, nak pergi tengok sekolah. Jumpa pengetua. Survey rumah. Mulanya tak boleh pergi sebab abang aku kata bahaya bawa moto ke sana sebab kereta banyak. Yalah, aku sabar tapi dalam hati tetap tak puas hati sebab dah janji. Tinggal lagi beberapa hari nak praktikum, tetap jugak tak boleh pergi tengok sekolah tengok rumah sebab demam campak. Maka, bertanyalah kami berdua kepada sekalian rakan yang berpraktikum di kawasan berdekatan kalau-kalau boleh menyewa rumah sekali.


            Alhamdulillah, Anis dan Wahida dah jumpa rumah. Homestay. Duduk berdua, mahal. Kalau duduk berempat, murahlah sikit sewanya. Lagipun, Ekin kata jarak rumah sewa dengan sekolah taklah jauh sangat. Dalam lapan hingga sepuluh minit macam tu. Kiranya kena keluar awal sikitlah nak pergi sekolah tiap-tiap pagi tu. Tak apalah, aku ok sahaja mana-manapun. Janji ada rumah. Duduk sekali. Senang kalau apa-apa. 14 Julai 2015, hari pertama melapor diri. Encik Azmi suruh punch card dulu. Ok, kami dah bekerja, dah jadi cikgu! Jumpa Encik Azizan, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah tu sebab pengetua tak ada. Sembang-sembang sikit, lepas t uterus ke dewan perhimpunan. Masa tu baru tahu yang sekolah niada asrama. Mmm. Sebelum masuk dewan perhimpunan tu jumpa Guru Kanan Bahasa untuk urusan jadual mengajar. Di perhimpunan, pertama kali duduk di barisan guru. Walaupun barisan paling belakang, rasa dia lain macam. Aura cikgu-cikgu hebat mungkin. Syukur. Masa tulah baru berkenalan dengan Mariatul dan Salwa, guru praktikum daripada Universiti Utara Malaysia. Jadi kawan. Pergi kantin sama-sama. Mana-mana pun sama.

            Dua minggu lepas tu barulah ada ikhtiar nak duduk asrama. Lagi mudah. Tak payah risau pasal hujan, pasal lewat sampai ke sekolah. Mintak kebenaran dengan pengetua untuk urusan tinggal di rumah warden asrama bersama-sama dengan Mariatual dan Salwa. Pengetua benarkan, tapi kena tengok-tengokkan pelajar juga. Melangkah masuk ke rumah warden, satu per satu kenangan tercipta. Indah sangat. Antara kami berempat dan antara aku dengan pelajar tingkatan 1, 1 Luhur khususnya. Sampai ada keslah. Tapi takpa, aku suka. Sebahagian daripada pengalaman berpraktikum. Jodoh aku, Ekin, Mariatul,dan Salwa tak panjang. Depa habis berpraktikum dulu. Mulalah rasa sunyi. Sebelum masing-masing dengan haluan masing-masing, kami jelajah Vision Park dulu, ambil gambar kenang-kenangan. Paling ingat bila kita atur kedai makan luar. Shopping jangan katalah. Longwan dengan Sunshine tu wajib. Tak lupa juga Happy Home. Kedai buku sebelah tu pun sama. Kalaulah tinggal lebih lama lagi, kan lagi seronok. 


Bergambar berempat. Baju pattern yang sama. Aku saja yang lain. 


Hari terakhir Salwa dan Mariatul di SMKDK tetapimasih sempat keluar jalan sama-sama. Mana lagi? Makan-makanlah!



Kenangan ini indah sangat. Tak dapat bergambar dengan pelajar kelas sendiri. Dua kelas aku tumpang. Kelas ni dan kelas Ekin, 4 Kemanusian 1. Kalau boleh, nak minta ulang praktikum lagi sekali tetapi nak mengajar budak-budak baik sahaja. Jumpa lagi.

Tuesday, May 05, 2015

Persembahan Elektronik

Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru mengukuhkan sesi pengajaran, di samping menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru, misalnya dalam aktiviti tunjuk cara, mencerakinkan fakta, dan menjelaskan isi pelajaran. Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio, dan video untuk diintegrasikan dalam membina slaid dan ditayangkan sebagai bantuan dalam sesi pengajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran dengan bantuan perisian persembahan masih bergantung pada kemahiran komunikasi guru.

Berikut saya kongsikan juga contoh-contoh slaid yang pernah saya gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

TINGKATAN 4
KOMSAS : HIKAYAT INDERA NATA


Watak dan perwatakan hikayat indera nata from suhana91


TINGKATAN 1
ULASAN : PROSES KITAR SEMULA



Pemprosesan Perkataan

Pemprosesan perkataan merujuk kepada perisian yang digunakan untuk mengolah, menyusun, dan membentuk teks, menyimpan dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan lazimnya digunakan untuk menaip surat, laporan, dan kertas kerja. Perisian ini mempunyai ciri-ciri utama seperti:

  • Menghasilkan dokumen dengan memasukkan teks dengan jenis dan saiz font yang berbeza.
  • Menyunting dan mengubah teks.
  • Memadam teks.
  • Menyelaraskan rupa bentuk dan penampilan dokumen.
  • Menyisip,menyalin, dan menampal teks.
  • Menyemak ejaan dan tatabahasa.
  • Mencari perkataan seerti atau sinonim.
  • Memasukkan grafik daripada sumber luar.
  • Menyimpan hasil dokumen untuk diedit semula.
  • Melakukan beberapa dokumen salinan.

Paparan perisian pemprosesan perkataan Microsoft Word 2010

 Panduan untuk memasukkan grafik

Panduan untuk menukar jenis font

Panduan untuk mencetak dokumen

Setiap guru perlu mahir menggunakan perisian pemprosesan perkataan ini, lebih-lebih lagi untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Lambakan buku latihan dan rujukan boleh dijadikan panduan kepada guru-guru untuk menghasilkan latihan pelajar yang lebih baik. Oleh itu, perisian pemprosesan perkataan ini sudah pasti membantu guru mengolah bahan-bahan tersebut.

Peranan Guru dalam Pengintegrasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Peranan guru dalam pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berkehendakkan seseorang guru itu menguasai TMK tahap tinggi, tetapi guru tersebut seharusnya berupaya menggunakan bahan atau media pengajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran muris. Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya memahami aspek-aspek rancangan pengajaran, reka bentuk pengajaran, dan teori pembelajaran. Semasa melaksanakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media ini yang bertindak sebagai pemudah untuk guru menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru perlu mengetahui bahawa teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting.


  • Menarik perhatian pelajar.
  • Memotivasikan pelajar.
  • Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi,pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, dan pembelajaran berasaskan projek.
  • Melibatkan pelajar melalui kerja-kerja penghasilan.
  • Membantu guru menghubungkan pelajar dengan sumber pembelajaran.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan teknologi dan komunikasi(TMK) tidak dapat diketepikan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi guru, kemahiran ini amat membantu guru menyelesaikan tugasan harian dengan lebih efektif seperti mencari maklumat untuk pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar, membina jadual waktu, dan menggunakan statistik untuk penilaian pelajar. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajarannya. Aspek-aspek yang dibincangkan dalam topik pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah pemprosesan perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik, pangkalan data, penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran, penggunaan perisian dan alat pengajaran, serta penghasilan pakej multimedia pembelajaran.