Thursday, April 18, 2013

Tingkatan lima empunya cerita (:

As'salamualaikum~ (:

Aku nak share sajak aku dulu-dulu ni, buat masa tingkatan lima. Sajak bodo-bodo ini pon, termuat jugak dalam majalah sekolah. Bangga kot, karya pertama~ ngoeh9

Cinta Hakiki

Sederap demi sederap
Langkahku kian tersasar
Tubuh longlai dan lemah
Tersungkur di lembah kegelapan
Terngiang-ngiang kalimah suci
Menyeru aku
Hamba kerdil dan hina
Sujud dalam keinsafan
Hadirmu..
Mengusung seribu pengertian
Menyalakan obor pengharapan
Menitipkan sepenuh keyakinan
Menepis segala kesamaran
Menggilap sinar kebahagiaan.
Sejenak...
Air mata berdurai tanpa henti
Ibarat sungai yang tiada berpenghujung
Mengimbau saat aku meragukan
Ke-Esaan dan keampunan-Mu, Tuhan.
Tika diri alpa mengejar kemewahan dunia
Kau titipkan hidayah
Menunjuk jalan dekati-Mu
Kini..
Ku menghargai kasih-Mu, Tuhan
Cinta hakiki yang kekal abadi.

Lagi satu. ^^

Tunduk Menyembah Bumi

Dunia..
Indahmu dihiasi bangunan pencakar langit
Pelbagai bentuk, rupa, dan juga warna
 Mercu tanda kemajuan yang telah engkau kecapi
Lambang kemegahan tanah air tercipta
Bangunlah engkau dari lena yang panjang
Masyhurmu disambut duka seisi alam
Walau tangis perit makhluk itu tiada kedengaran
Namun deritanya jelas terpancar di wajah
Sakitnya menahan luka berdarah
Dunia..
Engkau rakus serta durjana
Engkau tamak haloba
Engkau ranapkan pepohon hijau
Engkau musnahkan khazanah warisan
Tegarnya engkau berlagak demikian rupa…
Kau begitu zalim
Menodai alam tanpa belas ihsan
Sayangnya engkau tiada perasaan
Habis punah bumi engkau punya angkara
Dunia
Waktu terus berganjak laju
Tidak menunggu walau sesaat
Egomu tetap begitu
Masih tetap seperti dulu
Walau aku berfikiran kolot
Aku tidak sebegitu kejam
Kejam dan khianat terhadap lumrah alam
Sedarlah wahai dunia..
Bangkit segera dari kepompong durjana
Persiapkan diri untuk berbakti
Perkemaskan langkahmu satu per satu
Kembalikan semula kebahagiaan seisi makhluk
Serlahkan kasihmu terhadap mereka
Biarkan si hijau terus berbakti
Membebaskan oksigen untuk santapan bersama
Merembes embun mendinginkan suasana
Dan ingatlah dunia..
Gengsi keberapa pun takkan
Menikmati keindahan panorama
Seandainya engkau tidak bena akannya.

Sepatutnya ada cerpen, tapi tak habis taip lagi. malas nak taip panjang-panjang sebenarnya. Nanti-nanti ja laa aku share kat sini.. hehe. malu malu malu malu .  q:

Thursday, April 11, 2013

awak heii, terima kasih! (:


"Pandai baca al-Quran tak? mesti hebat ni baca al-Quran... =) "
  
:: SMS daripada seorang hamba Allah.

ALLAH. 

sebaris dua ayat tu dah cukup buat aku pikiaq panjang, pikiaq lagi panjang macam nak buat keputusan, nak terima ka dak ni lamaran orang ni ni.. ( eh eh eh, ada dah ka? ) ngoehngoeh~

sejujur-jujurnya, aku tak tau nak letakkan diri aku ni kat golongan mana.. 

...yang tak tau baca langsung ka...
...yang tau baca sikit-sikit ka...
...yang baca pun boleh gagah ka...
...yang reti baca ka...
...yang pandai baca ka...

mmm. -.-

yang pastinya, aku cuma mampu baca untuk diri aku sendiri ja. harakat tak harakat, tajwid tak tajwid. ALLAH. main ikut sedappp ja aku baca. duapuluhduatahun. duapuluhduatahun. ALLAH. ALLAH. ALLAH. semoga ALLAH permudahkan urusan aku yang ni... (: (: (: I hope, I hope, I hope~~~

kelebihan membaca dan mengamalkan al-Quran, insya-Allah. akan ku korek sedalam-dalamnya untuk panduan aku, atau mungkin juga panduan untuk yang stalk tulisan aku dalam diam. who knows? ^^y


orang kata, "dekati orang yang mendekati Allah, yang mengingatkan kita kepada Allah. mungkin, mungkin dia tu laa, perantara antara kita dengan Allah S.W.T." 

kalau dah ada, Alhamdulillah. kalau takdak lagi, baik p caqi lekaihhh....!  (':


-.- toksah dok angau nak bercinta-cinta sangat laa~ 
buat masa laa ni, yang utama, caqi cinta DIA dulu. sebab apa? sebab, hanya cinta DIA yang akan menghalalkan cinta aku untuk dia, cinta dia untuk aku. yaa, hanya dengan cinta DIA. wallahu'alam. (:

Wednesday, February 06, 2013

tentang dia, annur imtinan (:


annur i m t i n a n
sedapnya nama. sapa senaqnya dia ni?
HAHA.
emm.
aku. tapi, bukan nama betoi ponn.

annur : cahaya
imtinan : anugerah Ilahi

agak-agak, ampa paham kot noh sebab apa aku pilih nama ni? 
hehe. yup, annur imtinan untuk mak ayah aku. (:

selagi aku hidup, I'll try my best!
*aceceyhh. semangatnyaaa~

apa-apa pon, aku senaqnya

cuma budak kecik yang berangan-angan yang satu aqi nanti aku nak jadi cikgu BM & sastera.
tapi lebih kepada TATABAHASA Bahasa Melayu laa. kihkihkih.
yang lain-lain tu....... -.-
 insya-Allah.  *doakan aku, k! ^^y

aku create belogg comeyyy ni pon senaqnya sebab nak realisasikan angan-angan aku tu laa.
 hehe.
 so, secara tak langsung, belogg ni akan dipenuhi dengan hasil nukilan aku,
 di samping cerita hidup aku yang penuh angan-angan tu. ^^y 
HAHA. *sangat rojak! -.-
cemuih? biaQ p..! 

*** in deep of my heart, aku sedang berusaha menjadi annur imtinan, just untuk mak ayah aku <3

Tuesday, February 05, 2013

^^y yang lepas biarkan berlalu... peace!

semua tentang RESULT. nebes dak, nebes dak nak check result satg ni? budak-budak ni kata pukul dopblas tengah hari ni dah boleh check dah result tu. kata depaaaaa...! aku bukak facebook pukul sepblas tadi, berduyun-duyun orang post kata, "RESULT boleh check dah woiii !!!"

haaa, ambik hang! gatai sangat pi bukak facebook tu buat apa? dah sah-sah laa tangan ni gatai jugak nak pi bukak yang ni https://mysis.upsi.edu.my/login.jsp @.@

ya Allah, aku reda, ya Allah !  

oppp oppp opppss, bukan reda senaqnya ni. ni lebih kepada PASRAH. pasrah bila ingat balik yang sem lepas aku banyak tidoq, kuat tidoq N kaki tidoq !  * saksi : bilik, katil ngan dinding 309/2 -.-

tu semua sebab aku yang sebenarnya ni bukan seperti DIA dan bukan jugak seperti mereka. T.T
sedih!

apa-apa pon, Alhamdulillah. hakikatnya, result semester tiga ni sangat-sangatlah menuntut aku untuk terus USAHA untuk mengembalikan kecemerlangan, kegemilangan result semester satu. sungguh aku rindu result secomeyyy tu T.T
tapi, nak buat genna, dah dasar pemalas. serba-serbi malas! banyak sangat main.

kalau dipanjangkan umoq, aku harap sangat result semester empat aku tu nanti FLYING COLOURS, biaq bersinar-sinar sket muka mak ayah aku bila depa tau nanti. senyum sampai ke telinga baq hang! huhu. I hope, I hope, I hope~~~ !  (:

^^y see U, as'salamualaikum.

sukses? :D


untuk pertama kalinya, aku Xposekan diri untuk benda-benda public macam ni selain daripada laman sosial zaman TOK nadoQ ; friendster, myspace, tagged, N apa lagi pon aku xtau. L U P A ! -.-'

berbalik kepada tajuk entri aku kali ni, sukses . sukses ka? sukses apa senaq-senaqnya ni? HAHA. sukses ni laa, buat belogg. haa, tu laa, orang buat belogg, aku pon nak buat belogg jugak. walauponn... -.-'
susah gak wee buat belogg ni rupanyaaa.. jenuh jugaklaa aku jadi silent viewer . stalk belogg belogg yang dah maju. HAHA. aim mau ada, ok? ^^y stalk belogg yang dah MAJU. barulah ada kemajuan. q:

blogskin tak blogskin, tukar cursor tak cursor, salji tak salji.. last-last, SIMPLE t e m p l a t e jugak. besa laa, newbie.

wokehh laa, setakat ni ja yang mampu, yang termampu daripada aku kerana aku yang sebenarnya bukan DIA. 

see U and I hope so! HAHA ^^y