Tuesday, May 05, 2015

Fungsi Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, bahkan penggunaan media ini dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran dalam bilik darjah.  Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan belum mampu menjadikannya modal insan, sebaliknya seseorang itu perlu memiliki keupayaan menguruskan diri dan mempunyai ketahanan mental serta emosi. Tuntutan tersebut amat berat bagi seseorang guru, maka penggunaan media dalam pengajaran dapat meringankan tanggungjawab tersebut. Peranan media dalam pengajaran antaranya ialah membantu guru dan menggantikan guru. Penggunaan media dalam bilik darjah tidak dibataskan kepada penggunaan lazimnya sahaja, sebaliknya turut digunakan dalam strategi pengajaran yang lain seperti pembelajaran berasaskan projek, media dalam Pendidikan Khas, media dalam Pendidikan Jarak Jauh, media dalam folio pembelajaran, dan media sebagai penyebar ilmu. Walau bagaimanapun, guru perlu merancang dan memilih jenis media yang bersesuaian dengan tajuk pembelajaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Setelah itu, guru boleh mula membina bahan-bahan media tersebut. Terdapat beberapa jenis media yang boleh membantu guru-guru melaksanakan pengajaran di bilik darjah. Jenis dan klasifikasi media seperti berikut.


No comments:

Post a Comment