Monday, May 11, 2015

Dia Nurul Ashikin Rofiee

Aku ditakdirkan berpraktikum dengan Ekin. Merancang punya merancang, dari daerah-daerah terpencil di Perak, kami diamanahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan. Kata Google, sekolah ni baru saja tukar nama. Dulu Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi. Mm, kalau kata Paya Keladi, aku tahulah kat mana. Ada adik-beradik juga kat situ. Berbanding aku, amanah yang dipikul Ekin lagi berat. Tengok sajalah dia dapat kelas mana. 1 Tekun dan 4 Kemahiran 1. Bukan boleh kata, tapi memang kedua-dua kelas tu antara kelas belakang pun. Mesti susah. Pernah sekali dua aku kena relief kelas tu, tahan diam dan terkawal satu masa pertama saja. Lepas tu bising tak ingat. 
             Macam manalah Ekin mengajar. Aku salute dengan Ekin dalam banyak benda. Dia kuat. Lagi kuat daripada aku. Aku kecil hati bila ada pelajar aku 4 Perdagangan 2 buat tak hairan dengan kertas nota dan latihan yang aku bagi hari-hari. Buktinya, aku jumpa kertas tu di lantai tidak dipungut. Sikap pelajar macam tu saja dah buat aku kecil hati dan tak tahu dengan cara apa lagi aku nak guna untuk tarik minat budak-budak ni. Tapi Ekin, lagilah. Ada budak yang tak hormat dia pun. Pandang rendah kebolehan dia mengajar. Kalau aku di tempat Ekin, lagilah aku tak tahu nak hadap macam mana. Susah. Ekin boleh walapun makan masa juga. Tak tahu apa dia buat, akhirnya mereka boleh berbaik dan saling menerima pendapat antara satu sama lain.

            Banyak benda yang misteri pasal Ekin ni. Dia boleh tarik perhatian pelajar-pelajar 1 Tekun yang bising tu untuk fokus dengan lukisan peribahasa yang dilukisnya sendir. Bayangkanlah. Kalau aku lukis, memang takkan jadi peribahasalah, kan? Itu salah satu kelebih Ekin dalam kelas. Yang selebihnya aku tak tahu sebab aku tak berpeluang tengok Ekin mengajar walaupun jadual kami takdalah ada kelas dalam masa yang sama. Cuma ni semua pasal relief. Empat bulan praktikum terlepas macam tu saja.

Untuk Ekin dan kawan-kawan yang tengah upaya bangkit.



Kerana Hakikat Itu Cuma Kalau

Kalau bangkit hari ini
asbab jatuh kau pada hari lalu
berdepang dan raikanlah
kerana tanduk ini bisa jadi teladan
buat mereka yang sedang dirundung sulit
membelit menyimpul mati
hingga tak mampu dirungkai sendiri.

Ini bukan bangsa bangga
membongkak jauh sekali takabbur
ini hakikat menghargai susuk
yang telah banyak tipu mengacah kuat
walau dinding hati pernah berkali dirobek toreh
melihat kawan dan lawan
bertelurkan hasil berkat usaha
berhempas-pulas sedang kau asyik dibuai angan.

Namun kalau sungkur hari ini
upaya buat kau lebih gagah
upaya buat kau lebih teguh
syukur dan bertahanlah.

:: Tahu Ekin taklah sekuat mana, tapi berlagak kuat saja. Stay strong!

No comments:

Post a Comment