Tuesday, May 05, 2015

Peranan Guru dalam Pengintegrasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Peranan guru dalam pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berkehendakkan seseorang guru itu menguasai TMK tahap tinggi, tetapi guru tersebut seharusnya berupaya menggunakan bahan atau media pengajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran muris. Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya memahami aspek-aspek rancangan pengajaran, reka bentuk pengajaran, dan teori pembelajaran. Semasa melaksanakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media ini yang bertindak sebagai pemudah untuk guru menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru perlu mengetahui bahawa teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting.


  • Menarik perhatian pelajar.
  • Memotivasikan pelajar.
  • Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi,pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, dan pembelajaran berasaskan projek.
  • Melibatkan pelajar melalui kerja-kerja penghasilan.
  • Membantu guru menghubungkan pelajar dengan sumber pembelajaran.

No comments:

Post a Comment